Navigasi

  • Langkau ke Kandungan
BNM Logo BNM Logo
  • Perihal BNM
      Peranan BNM Lembaga Pengarah Gabenor Jawatankuasa Pengurusan Pegawai Kanan BNM Struktur Organisasi Jawatankuasa Berkanun
  • Topik
  • Berita & Peristiwa
      Siaran Akhbar Notis Ucapan Kalendar Peristiwa Majlis di BNM Perolehan
  • Kadar & Statistik
  • Penerbitan
  • Peraturan
      Undang-Undang Standard & Garis Panduan Direktori PSK Tindakan Penguatkuasaan
  • Kerjaya
      Sertai Kami Jawatan Kosong Program Graduan Kijang Latihan Industri Biasiswa
  • Hubungi Kami
      Hubungi Kami Pejabat-pejabat BNM Dasar Pemberian Maklumat
Search

Pemilih Bahasa

english

Breadcrumb

  1. Home
  2. Berita & Peristiwa
  3. Siaran Akhbar
  4. Dialog dengan Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful

Penerbit Aset

Dialog dengan Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful

Dialog dengan Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful

Embargo : Untuk siaran segera Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1404 pada Rabu, 5 November 2008
5 Nov 2008

Bank Negara Malaysia telah mengadakan dialog dengan pemimpin industri insurans dan takaful hari ini untuk membincangkan perkembangan ekonomi dan pelbagai isu yang dihadapi oleh industri.

Dalam persekitaran yang mencabar ini, penanggung insurans dan industri takaful terus berusaha untuk memperkukuh kapasiti dan mengekalkan keutuhan kewangan mereka. Penanggung insurans juga menyatakan kesediaan mereka untuk melaksanakan rangka kerja Modal Berasaskan Risiko berkuat kuasa 1 Januari 2009. Ini akan membolehkan mereka mempunyai penampan modal yang teguh serta memperkuat daya tahan dan kekukuhan infrastruktur dan keupayaan pengurusan risiko mereka. Dialog juga menyentuh tentang pentingnya untuk sentiasa berwaspada terhadap tuntutan palsu dan kemungkinan penipuan. Dalam hal ini, dialog bersetuju bahawa lebih banyak pertukaran maklumat dan perbincangan diadakan antara industri dengan Bank Negara Malaysia mengenai trend dan perkembangan baharu yang boleh mempengaruhi sektor tersebut.

Sebagai sebahagian daripada langkah awal bagi mengekalkan kestabilan sistem kewangan, Bank Negara Malaysia telah menyediakan kemudahan mudah tunai kepada penanggung insurans dan pengendali takaful yang dikawal selia oleh Bank Pusat.

Bank Negara Malaysia menekankan kepentingan sikap bertanggungjawab oleh penanggung insurans dan pengendali takaful dan juga ejen mereka apabila berurusan dengan pelanggan. Pelbagai inisiatif untuk terus memperkukuh daya tahan industri pada masa hadapan juga dibincangkan dalam dialog tersebut.

Bank Negara Malaysia
5 November 2008

© Bank Negara Malaysia, 2008. All rights reserved.

View »
Ikuti Kami
  • facebook social icon
  • twitter social icon
  • instagram social icon
  • youtube social icon
  • medium social icon
  • tiktok icon
Bantuan Laman Web
  • Carian
  • Email Alert
  • Hubungi Kami
  • Muat Turun Borang
Notis Perundangan
  • Terma Penggunaan Laman Web
  • Terma Penggunaan Set Data BNM
  • Penafian
  • Dasar Privasi & Kuki
Pusat Perhubungan BNMLINK
  • call-1 icon
    1-300-88-5465 Isnin - Jumaat 9 pagi - 5 petang
  • decoration
    Borang e-Link
  • Talian Am BNM
  • call-1 icon +603 2784 8888
© Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.
arrow-up icon