Navigasi

  • Langkau ke Kandungan
BNM Logo BNM Logo
  • Perihal BNM
      Peranan BNM Lembaga Pengarah Gabenor Jawatankuasa Pengurusan Pegawai Kanan BNM Struktur Organisasi Jawatankuasa Berkanun
  • Topik
  • Berita & Peristiwa
      Siaran Akhbar Notis Ucapan Kalendar Peristiwa Majlis di BNM Perolehan
  • Kadar & Statistik
  • Penerbitan
  • Peraturan
      Undang-Undang Standard & Garis Panduan Direktori PSK Tindakan Penguatkuasaan
  • Kerjaya
      Sertai Kami Jawatan Kosong Program Graduan Kijang Latihan Industri Biasiswa
  • Hubungi Kami
      Hubungi Kami Pejabat-pejabat BNM Dasar Pemberian Maklumat
Search

Pemilih Bahasa

english

Breadcrumb

  1. Home
  2. Berita & Peristiwa
  3. Siaran Akhbar
  4. Bank Pusat EMEAP Menggalakkan Pelaburan Bon Hijau melalui Asian Bond Fund

Penerbit Aset

Bank Pusat EMEAP Menggalakkan Pelaburan Bon Hijau melalui Asian Bond Fund

Bank Pusat EMEAP Menggalakkan Pelaburan Bon Hijau melalui Asian Bond Fund

Embargo : Untuk siaran segera Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1630 pada Jumaat, 5 November 2021
5 Nov 2021

Executives' Meeting of East Asia-Pacific Central Banks (EMEAP)[1] ingin mengumumkan bahawa projek terkini untuk menggalakkan pelaburan dalam bon hijau melalui Asian Bond Fund (ABF)[2] telah dimuktamadkan.

Seperti yang diumumkan dalam siaran akhbar[3] yang bertarikh 12 Julai 2021 sebelum ini, EMEAP ABF Oversight Committee telah meminta IHS Markit, iaitu pentadbir indeks bagi iBoxx ABF Index, mengkaji semula peraturan indeks ini bagi menggalakkan kemasukan bon hijau. Kajian semula ini telah selesai dan IHS Markit memutuskan untuk membuat pelarasan kepada indeks[4] seperti yang berikut.

  1. Menetapkan takrifan bon hijau
    1. Bon yang dilabel hijau oleh Climate Bonds Initiative (CBI); atau
    2. Bon yang dilabel sendiri dan dikaji semula secara luaran sebagai hijau selaras dengan Prinsip Bon Hijau International Capital Market Association (ICMA).
  2. Menetapkan nilai ambang nosional terkumpul minimum yang lebih rendah bagi bon hijau subberdaulat (sub-sovereign) yang diterbitkan dalam pasaran yang berbeza.
  3. Mengubah had penerbit subberdaulat kepada 10% bagi setiap penerbit dalam setiap indeks pasaran tunggal daripada had semasa 5 bon bagi setiap penerbit.

Peraturan baharu ini akan berkuat kuasa dari tarikh pengimbangan semula indeks pada 31 Mac 2022, apabila semua bon baharu akan dimasukkan dan nilai ambang baharu bagi bon hijau subberdaulat berkuat kuasa pada tarikh tersebut. Bon subberdaulat yang layak untuk dimasukkan indeks pada 31 Mac 2022 akan dilakukan melalui pengimbangan semula bulanan selama enam bulan, masing-masing dengan wajaran yang sama[5], untuk membolehkan peralihan yang lancar.

EMEAP percaya inisiatif ini akan membantu mengukuhkan usaha mendalamkan lagi pasaran bon dalam denominasi mata wang tempatan, khususnya pasaran bon hijau di rantau ini. EMEAP akan terus mengkaji cara-cara untuk memberikan sumbangan yang lebih besar kepada pembangunan pasaran bon dalam denominasi mata wang tempatan.

 


[1] EMEAP ialah sekumpulan 11 bank pusat dan pihak berkuasa monetari di rantau Asia Timur dan Pasifik yang terdiri daripada: Reserve Bank of Australia, People's Bank of China, Hong Kong Monetary Authority, Bank Indonesia, Bank of Japan, Bank of Korea, Bank Negara Malaysia, Reserve Bank of New Zealand, Bangko Sentral ng Pilipinas, Monetary Authority of Singapore, dan Bank of Thailand.

[2] Inisiatif semasa ABF diwujudkan pada tahun 2005 untuk menyokong pembangunan pasaran bon dalam denominasi mata wang tempatan di rantau ini. ABF yang terdiri daripada Pan-Asia Bond Index Fund (PAIF) dan lapan dana pasaran tunggal, memantau iBoxx ABF Index dan diurus secara pasif oleh pengurus dana sektor swasta dengan BIS sebagai pentadbir. ABF melabur dalam bon berdenominasi mata wang tempatan dalam ekonomi EMEAP selain Jepun, Australia dan New Zealand.

[3] Rujuk “New Press Statement - EMEAP Central Banks Agreed to Promote Green Bond Investment through Asian Bond Fund,” (Julai 12, 2021).

[4] https://www.markit.com/NewsInformation/GetLinkedNews/2992021Results-of-the-iBoxx-Asian-Annual-Index-Review-2021?Product=IBoxx

[5] 1/6 daripada nilai pasaran akan dimasukkan pada setiap 6 pengimbangan semula.

Bank Negara Malaysia
5 November 2021

© Bank Negara Malaysia, 2021. All rights reserved.

View »
Ikuti Kami
  • facebook social icon
  • twitter social icon
  • instagram social icon
  • youtube social icon
  • medium social icon
  • tiktok icon
Bantuan Laman Web
  • Carian
  • Email Alert
  • Hubungi Kami
  • Muat Turun Borang
Notis Perundangan
  • Terma Penggunaan Laman Web
  • Terma Penggunaan Set Data BNM
  • Penafian
  • Dasar Privasi & Kuki
Pusat Perhubungan BNMLINK
  • call-1 icon
    1-300-88-5465 Isnin - Jumaat 9 pagi - 5 petang
  • decoration
    Borang e-Link
  • Talian Am BNM
  • call-1 icon +603 2784 8888
© Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.
arrow-up icon