Kenaikan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR)
Embargo : Untuk siaran segera Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1800 pada Khamis, 5 Mei 20115 Mei 2011
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan kenaikan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (Statutory Reserve Requirement, SRR) daripada 2.00% kepada 3.00% berkuat kuasa 16 Mei 2011.
Keputusan untuk menaikkan SRR diambil sebagai langkah awalan untuk menguruskan peningkatan mudah tunai yang ketara, yang mungkin mengakibatkan keadaan kewangan yang tidak seimbang dan kewujudan risiko ketidakstabilan kewangan.
SRR ialah instrumen yang digunakan untuk menguruskan mudah tunai dan bukan menandakan pendirian dasar monetari. Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) merupakan satu-satunya penunjuk pendirian dasar monetari yang diumumkan melalui Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan selepas setiap mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari.
Bank Negara Malaysia
5 Mei 2011
© Bank Negara Malaysia, 2011. All rights reserved.