Navigasi

  • Langkau ke Kandungan
BNM Logo BNM Logo
  • Perihal BNM
      Peranan BNM Lembaga Pengarah Gabenor Jawatankuasa Pengurusan Pegawai Kanan BNM Struktur Organisasi Jawatankuasa Berkanun
  • Topik
  • Berita & Peristiwa
      Siaran Akhbar Notis Ucapan Kalendar Peristiwa Majlis di BNM Perolehan
  • Kadar & Statistik
  • Penerbitan
  • Peraturan
      Undang-Undang Standard & Garis Panduan Direktori PSK Tindakan Penguatkuasaan
  • Kerjaya
      Sertai Kami Jawatan Kosong Program Graduan Kijang Latihan Industri Biasiswa
  • Hubungi Kami
      Hubungi Kami Pejabat-pejabat BNM Dasar Pemberian Maklumat
Search

Pemilih Bahasa

english

Breadcrumb

  1. Home
  2. Berita & Peristiwa
  3. Siaran Akhbar
  4. Pengenalan Nota Monetari Bank Negara-Istithmar

Penerbit Aset

Pengenalan Nota Monetari Bank Negara-Istithmar

Pengenalan Nota Monetari Bank Negara-Istithmar

Embargo : Untuk siaran segera Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Isnin, 20 Jun 2011
20 Jun 2011

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pengenalan instrumen monetari Islam baharu iaitu Nota Monetari Bank Negara -Istithmar (BNMN-Istithmar).

Terbitan BNMN-Istithmar adalah berasaskan konsep Istithmar (pelaburan) yang merujuk kepada pelaburan portfolio yang menggabungkan struktur jualan dan pajak semula aset (ijarah), dengan urus niaga jualan tokokan komoditi (Murabahah).

Tujuan utama BNMN-Istithmar diterbitkan adalah untuk meningkatkan kecekapan dan fleksibiliti pengurusan mudah tunai dalam pasaran wang Islam dengan memperluas konsep Syariah yang digunakan dalam instrumen monetari Bank Negara Malaysia. BNMN-Istithmar akan mempelbagaikan instrumen pelaburan dan menambah jumlah pelabur selain menggalakkan peningkatan mudah tunai dalam pasaran wang Islam.

BNMN-Istithmar akan diniagakan mengikut kelaziman pasaran semasa dan akan dikawal selia sama seperti semua Nota Monetari Bank Negara yang sedia ada. Terbitan BNMN-Istithmar akan dijalankan secara pembidaan bersaingan (competitive auction) melalui rangkaian Peniaga Utama dalam negeri.

Terbitan sulung akan dilaksanakan pada 21 Jun 2011 dengan jumlah isu sebanyak RM500 juta.

Bank Negara Malaysia
20 Jun 2011

© Bank Negara Malaysia, 2011. All rights reserved.

View »
Ikuti Kami
  • facebook social icon
  • twitter social icon
  • instagram social icon
  • youtube social icon
  • medium social icon
  • tiktok icon
Bantuan Laman Web
  • Carian
  • Email Alert
  • Hubungi Kami
  • Muat Turun Borang
Notis Perundangan
  • Terma Penggunaan Laman Web
  • Terma Penggunaan Set Data BNM
  • Penafian
  • Dasar Privasi & Kuki
Pusat Perhubungan BNMLINK
  • call-1 icon
    1-300-88-5465 Isnin - Jumaat 9 pagi - 5 petang
  • decoration
    Borang e-Link
  • Talian Am BNM
  • call-1 icon +603 2784 8888
© Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.
arrow-up icon