Liberalisasi Dasar Pertukaran Asing
Embargo :31 Mac 2021
Bank Negara Malaysia (Bank) ingin mengumumkan liberalisasi selanjutnya dasar pertukaran asing (foreign exchange policy, FEP) yang memberi lebih fleksibiliti kepada sektor perniagaan. Langkah ini merupakan usaha berterusan Bank untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global dan memupuk persekitaran yang kondusif bagi menarik pelaburan langsung asing (foreign direct investment, FDI) ke Malaysia.
Proses liberalisasi secara berperingkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah selaras dengan kedudukan luaran Malaysia yang lebih kukuh dan pasaran kewangan yang lebih berdaya tahan. Oleh itu, langkah-langkah ini akan memberi lebih fleksibiliti kepada industri pengeksportan bertujuan meningkatkan sokongan ke arah pemulihan ekonomi yang lebih baik.
Langkah-langkah di atas berkuat kuasa pada 15 April 2021. Maklumat lebih lanjut mengenai langkah-langkah tersebut akan dimaklumkan melalui Notis Pertukaran Asing[4] yang disemak semula dan akan dikeluarkan oleh BNM pada tarikh yang sama.
Lihat juga: Soalan Lazim
[1] Rantaian bekalan global ditakrifkan sebagai aktiviti perniagaan di mana pengimport pemastautin membeli barangan atau perkhidmatan dari luar negara bagi menyokong pengeluaran dan pengedaran barangan atau perkhidmatan oleh pengeksport pemastautin untuk aktiviti eksport mereka. Aktiviti ini termasuk urus niaga perdagangan domestik antara pengimport pemastautin dan pengeksport pemastautin yang dilaksanakan melalui pengantara pemastautin.
[2] Sebab-sebab yang tertentu ditakrifkan sebagai situasi di mana pengeksport tidak mempunyai kawalan terhadap kelewatan dalam menerima perolehan eksport, contohnya, pembelinya menghadapi kesukaran kewangan (lihat Soalan Lazim untuk maklumat lanjut).
[3] Contohnya, penerimaan lebihan hasil eksport ke atas bayaran import dengan pembeli dan pembekal luar negara yang sama (lihat Soalan Lazim untuk maklumat lebih lanjut).
[4] Sila rujuk laman sesawang Bank di https://bnm.my/fep.
Bank Negara Malaysia
31 Mac 2021
© Bank Negara Malaysia, 2021. All rights reserved.