Pemberhentian Terbitan Kontrak Berasaskan LIBOR
Embargo :23 Okt 2021
Mulai bulan Januari 2022, seluruh dunia akan menggunakan kadar bebas risiko (risk-free rates, RFR) bagi menggantikan LIBOR untuk matawang utama. Sehubungan dengan perkembangan global ini, Bank Negara Malaysia telah mengarahkan bank-bank memberhentikan penerbitan kontrak baharu yang merujuk kepada LIBOR selewat-lewatnya pada 31 Disember 2021. e-Brosur berikut menggariskan perlunya pelanggan institusi perbankan bersedia dengan kadar segera untuk beralih daripada LIBOR kepada RFR.
Lihat juga: Perkembangan Pembaharuan Kadar Penanda Aras di Malaysia
Bank Negara Malaysia
23 Oktober 2021
© Bank Negara Malaysia, 2021. All rights reserved.