Navigasi

  • Langkau ke Kandungan
BNM Logo BNM Logo
  • Perihal BNM
      Peranan BNM Lembaga Pengarah Gabenor Jawatankuasa Pengurusan Pegawai Kanan BNM Struktur Organisasi Jawatankuasa Berkanun
  • Topik
  • Berita & Peristiwa
      Siaran Akhbar Notis Ucapan Kalendar Peristiwa Majlis di BNM Perolehan
  • Kadar & Statistik
  • Penerbitan
  • Peraturan
      Undang-Undang Standard & Garis Panduan Direktori PSK Tindakan Penguatkuasaan
  • Kerjaya
      Sertai Kami Jawatan Kosong Program Graduan Kijang Latihan Industri Biasiswa
  • Hubungi Kami
      Hubungi Kami Pejabat-pejabat BNM Dasar Pemberian Maklumat
Search

Pemilih Bahasa

english

Breadcrumb

  1. Home
  2. Berita & Peristiwa
  3. Siaran Akhbar
  4. Pernyataan oleh Jawatankuasa Pasaran Kewangan: Rangka Kerja Pejabat Luar Negeri yang Dilantik

Penerbit Aset

Pernyataan oleh Jawatankuasa Pasaran Kewangan: Rangka Kerja Pejabat Luar Negeri yang Dilantik

Pernyataan oleh Jawatankuasa Pasaran Kewangan: Rangka Kerja Pejabat Luar Negeri yang Dilantik

Embargo : Untuk siaran segera Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1158 pada Selasa, 6 Disember 2016
6 Dis 2016

Susulan langkah-langkah yang diumumkan pada 2 Disember 2016, Jawatankuasa Pasaran Kewangan (Financial Market Committee, FMC) ingin mengumumkan Rangka Kerja Pejabat Luar Negeri yang Dilantik (Appointed Overseas Office, AOO). Rangka kerja ini bertujuan memberikan fleksibiliti tambahan terhadap transaksi ringgit dengan membenarkan institusi kewangan bukan pemastautin yang dilantik oleh sebuah bank tempatan berlesen untuk membuat transaksi berturut-turut (back-to-back) bagi membantu penyelesaian perdagangan dan aset ringgit antara bukan pemastautin dengan pemastautin. Rangka kerja ini yang mula diperkenalkan pada tahun 2007, kini diperluas untuk meliputi transaksi tambahan seperti perlindungan nilai pertukaran asing (akaun sendiri/ bagi pihak pelanggan) bagi akaun semasa dan kewangan berdasarkan komitmen, pembukaan akaun ringgit (simpan kira) dan pemberian pembiayaan perdagangan dalam denominasi ringgit.

Dengan mengambil kira institusi kewangan bukan pemastautin di luar kumpulan perbankan bank tempatan berlesen, rangka kerja AOO yang diperluas ini menyediakan pedagang bukan pemastautin dan juga pelabur dengan saluran yang lebih luas untuk menyelesaikan perdagangan atau pelaburan dalam ringgit melalui saluran yang dibenarkan.

Rangka Kerja Operasi AOO:

Transaksi Pertukaran Asing

Pejabat Luar Negeri  Dilantik

Institusi Kewangan Bukan Pemastautin Dilantik

Perdagangan barangan dan perkhidmatan dengan pemastautin

 

 

  • Spot

Dibenarkan dengan bebas

Setelah diluluskan oleh   BNM

  • Hadapan (perlindungan nilai)

Dibenarkan dengan bebas

Setelah diluluskan oleh  BNM

Aset Ringgit

 

 

  • Spot

Dibenarkan dengan bebas

Setelah diluluskan oleh  BNM

  • Hadapan (perlindungan nilai)

Dibenarkan dengan bebas

Setelah diluluskan oleh  BNM

Perlindungan Nilai Dinamik

 

 

Sehingga 25% tanpa keterangan dokumentar (documentary evidence)

Tertakluk kepada pendaftaran sekali sahaja dengan BNM oleh pelabur institusi Bukan Pemastautin

Setelah diluluskan oleh  BNM

Pembiayaan Perdagangan

 

 

Pembiayaan perdagangan ringgit bagi penyelesaian perdagangan barangan dan perkhidmatan dengan pemastautin

Setelah diluluskan oleh  BNM

Setelah diluluskan oleh  BNM

Akaun Ringgit

 

 

Akaun ringgit untuk tujuan simpan kira (book-keeping)

Setelah diluluskan oleh  BNM

Setelah diluluskan oleh  BNM

Swap Kadar Faedah

 

 

Swap Kadar Faedah dalam Denominasi Ringgit

Tidak dibenarkan

Tidak dibenarkan

Definisi:

Pejabat Luar Negeri Dilantik merujuk kepada syarikat induk luar negeri yang dilantik, syarikat subsidiari, syarikat keluarga, ibu pejabat atau cawangan kumpulan perbankan bank tempatan  berlesen, tidak termasuk sebuah Bank Islam Antarabangsa berlesen

Institusi Kewangan Bukan Pemastautin Dilantik (Appointed Non-resident Financial Institution, NRFI) merujuk kepada NRFI yang dilantik oleh bank tempatan berlesen dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia

“Setelah diluluskan oleh BNM” bermaksud pejabat luar negeri yang dilantik atau NRFI yang dilantik perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada Bank Negara Malaysia, manakala “dibenarkan dengan bebas” bermaksud pejabat luar negeri yang dilantik tidak memerlukan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia.

 

Jawatankuasa Pasaran Kewangan
6 Disember 2016

 

Mengenai Jawatankuasa Pasaran Kewangan

Jawatankuasa Pasaran Kewangan ialah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Mei 2016 dan terdiri daripada wakil Bank Negara Malaysia, institusi kewangan, syarikat, penyedia perkhidmatan kewangan dan institusi lain yang mempunyai peranan atau penyertaan penting dalam pasaran kewangan. Pengerusi Jawatankuasa Pasaran Kewangan ialah Encik Adnan Zaylani, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.

Matlamat Jawatankuasa Pasaran Kewangan adalah untuk meluaskan interaksi dan hubungan industri dengan tumpuan pada usaha mengkaji semula dan merumuskan strategi yang komprehensif untuk pasaran kewangan borong bagi memenuhi tuntutan yang pelbagai dan kompleks daripada ekonomi yang lebih maju dan bersepadu pada peringkat antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jawatankuasa Pasaran Kewangan, sila rujuk pautan berikut:  Pautan

 

Bank Negara Malaysia
6 Disember 2016

© Bank Negara Malaysia, 2016. All rights reserved.

View »
Ikuti Kami
  • facebook social icon
  • twitter social icon
  • instagram social icon
  • youtube social icon
  • medium social icon
  • tiktok icon
Bantuan Laman Web
  • Carian
  • Email Alert
  • Hubungi Kami
  • Muat Turun Borang
Notis Perundangan
  • Terma Penggunaan Laman Web
  • Terma Penggunaan Set Data BNM
  • Penafian
  • Dasar Privasi & Kuki
Pusat Perhubungan BNMLINK
  • call-1 icon
    1-300-88-5465 Isnin - Jumaat 9 pagi - 5 petang
  • decoration
    Borang e-Link
  • Talian Am BNM
  • call-1 icon +603 2784 8888
© Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.
arrow-up icon