Navigasi

  • Langkau ke Kandungan
BNM Logo BNM Logo
  • Perihal BNM
      Peranan BNM Lembaga Pengarah Gabenor Jawatankuasa Pengurusan Pegawai Kanan BNM Struktur Organisasi Jawatankuasa Berkanun
  • Topik
  • Berita & Peristiwa
      Siaran Akhbar Notis Ucapan Kalendar Peristiwa Majlis di BNM Perolehan
  • Kadar & Statistik
  • Penerbitan
  • Peraturan
      Undang-Undang Standard & Garis Panduan Direktori PSK Tindakan Penguatkuasaan
  • Kerjaya
      Sertai Kami Jawatan Kosong Program Graduan Kijang Latihan Industri Biasiswa
  • Hubungi Kami
      Hubungi Kami Pejabat-pejabat BNM Dasar Pemberian Maklumat
Search

Pemilih Bahasa

english

Breadcrumb

  1. Home
  2. Berita & Peristiwa
  3. Siaran Akhbar
  4. Pindaan Perjanjian Chiang Mai Initiative Multilateralisation

Penerbit Aset

Pindaan Perjanjian <em>Chiang Mai Initiative Multilateralisation</em>

Pindaan Perjanjian Chiang Mai Initiative Multilateralisation

Embargo : Untuk siaran segera Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 0010 pada Jumaat, 2 April 2021
2 Apr 2021

Pindaan Perjanjian Chiang Mai Initiative Multilateralisation (CMIM) yang merupakan pengaturan pembiayaan serantau antara Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat negara-negara anggota ASEAN, China, Jepun dan Korea (ASEAN+3) dan Monetary Authority of Hong Kong, China, berkuat kuasa 31 Mac 2021.

Ciri-ciri utama pindaan Perjanjian CMIM adalah seperti yang berikut:

  1. Bagi meningkatkan International Monetary Fund (IMF) De-Linked Portion daripada 30% kepada 40% daripada jumlah pengaturan maksimum setiap ahli.
     
    • IMF De-Linked Portion ialah jumlah yang mungkin boleh diminta oleh setiap ahli daripada CMIM apabila tidak ada program sokongan IMF yang sepadan. Peningkatan IMF De-Linked Portion kepada 40% daripada jumlah pengaturan maksimum setiap anggota menjadikan CMIM lebih tersedia untuk digunakan oleh negara-negara yang memerlukan;
       
  2. Bagi memasukkan (institutionalise) penggunaan mata wang tempatan negara anggota, selain daripada dolar AS, untuk pembiayaan CMIM secara sukarela dan berdasarkan permintaan.
     
    • Pindaan ini menjadikan mata wang tempatan negara-negara anggota tersedia untuk pemberian sokongan mudah tunai di bawah sebarang pengaturan CMIM dalam jumlah kapasiti pembiayaan CMIM sebanyak USD240 bilion. Pembiayaan mata wang tempatan di bawah CMIM akan dibuat secara sukarela dan berdasarkan permintaan; dan
       
  3. Bagi mengatasi masalah teknikal lain, termasuk semakan yang berkaitan dengan pembaharuan London Inter-bank Offered Rate (LIBOR).
     
    • Perjanjian CMIM ini juga membuat penyesuaian teknikal yang lain, seperti sumber maklumat untuk penentuan kadar pertukaran asing, dan format mesyuarat untuk badan pembuat keputusan CMIM bagi menyertakan fleksibiliti dalam penganjuran mesyuarat secara maya.

Pindaan ini berfungsi untuk terus menambah baik CMIM, yang berada di tengah-tengah jaringan keselamatan kewangan serantau ASEAN+3, menjadikannya lebih berkesan dan sedia beroperasi untuk negara-negara anggota.

 

Bank Negara Malaysia
2 April 2021

© Bank Negara Malaysia, 2021. All rights reserved.

View »
Ikuti Kami
  • facebook social icon
  • twitter social icon
  • instagram social icon
  • youtube social icon
  • medium social icon
  • tiktok icon
Bantuan Laman Web
  • Carian
  • Email Alert
  • Hubungi Kami
  • Muat Turun Borang
Notis Perundangan
  • Terma Penggunaan Laman Web
  • Terma Penggunaan Set Data BNM
  • Penafian
  • Dasar Privasi & Kuki
Pusat Perhubungan BNMLINK
  • call-1 icon
    1-300-88-5465 Isnin - Jumaat 9 pagi - 5 petang
  • decoration
    Borang e-Link
  • Talian Am BNM
  • call-1 icon +603 2784 8888
© Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.
arrow-up icon