Nisbah Keperluan Rizab Berkanun Meningkat
Embargo : Untuk siaran segera Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1800 pada Khamis, 7 Julai 20117 Jul 2011
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan bahawa Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (Statutory Reserve Requirement, SRR) akan dinaikkan daripada 3.00% kepada 4.00% berkuat kuasa pada 16 Julai 2011.
Keputusan untuk menaikkan SRR diambil sebagai langkah untuk menguruskan peningkatan mudah tunai yang ketara, yang mungkin menyebabkan keadaan kewangan yang tidak seimbang dan mewujudkan risiko ketidakstabilan kewangan.
SRR ialah instrumen yang digunakan untuk menguruskan mudah tunai dan bukan menandakan pendirian dasar monetari. Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) merupakan satu-satunya penunjuk pendirian dasar monetari yang diumumkan melalui Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan selepas setiap mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari.
Bank Negara Malaysia
7 Julai 2011
© Bank Negara Malaysia, 2011. All rights reserved.