Penerbitan
Buletin Perangkaan Bulanan Januari 2010
Artikel ini cuma terdapat dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang.

Takrifan:
Pembelian Sekuriti merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan untuk membiayai pembelian sekuriti dalam pasaran utama dan juga pasaran sekunder. Hal ini termasuk pinjaman yang dikeluarkan untuk menggantikan pinjaman lain yang telah dikeluarkan sebelum ini oleh pihak lain untuk pembelian sekuriti.
Pembelian Kereta Penumpang merujuk pinjaman/pembiayaan untuk pembelian kenderaan bermotor yang digunakan terutamanya untuk membawa bilangan penumpang yang terhad, dan termasuk kenderaan pelbagai guna yang disesuaikan untuk membawa penumpang (dan bukan barangan) tetapi tidak termasuk bas dan bas mini.
Pembelian Harta Tanah Kediaman merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan untuk membeli atau membiayai semula pembelian harta tanah kediaman untuk tujuan kediaman persendirian, termasuk pinjaman/pembiayaan perumahan yang dijual kepada Cagamas dengan rekursa, yang dikelaskan kepada RM250,000 ke bawah, RM250,001 – RM500,000, RM500,001 – RM1,000,000 dan lebih RM1, 000,000.
Pembelian Harta Tanah Bukan Kediaman merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan untuk membeli dan membiayai semula pembelian harta tanah bukan kediaman. Harta tanah bukan kediaman bermaksud harta tanah yang tidak digunakan untuk kediaman persendirian yang termasuk bangunan perindustrian, kilang, tanah, kompleks komersial, gudang, pejabat kecil/pejabat fleksibel (Small office/Flexible office, SoFo), pejabat kecil/pejabat serba guna (Small office/Versatile Office, SoVo) dan bangunan lain yang bukan untuk kediaman.
Kegunaan Persendirian merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan kepada individu untuk kegunaan persendirian sahaja dan tidak termasuk pinjaman/ pembiayaan kepada individu untuk pembelian sekuriti, tanah dan bangunan serta aset tetap lain.
Pembelian Barangan Pengguna Tahan Lama merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan untuk pembelian barangan pengguna tahan lama seperti perkakasan rumah untuk kegunaan persendirian.
Kad Kredit merujuk kredit terkumpul yang dikeluarkan kepada pelanggan menggunakan kad kredit/kad caj yang dikeluarkan oleh institusi pelapor dan termasuk pengeluaran wang tunai menggunakan kad-kad seperti itu.
Pembinaan merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan kepada pelanggan untuk membiayai kerja pembinaan am termasuk kerja kejuruteraan awam, kerja kontrak khas, pembinaan bangunan perindustrian dan kilang, pembinaan infrastruktur, kompleks komersial, rumah kediaman dan aktiviti pembinaan lain.
Tujuan Lain merujuk tujuan yang tidak dikelaskan di tempat lain dalam kelas atau subkelas di bawah tujuan. Hal ini termasuk pinjaman/pembiayaan untuk tujuan penggabungan dan pengambilalihan serta pinjaman selanjutnya.
Jumlah pinjaman/pembiayaan merujuk pinjaman/pembiayaan kasar terkumpul yang termasuk pinjaman/pembiayaan perumahan yang dijual kepada Cagamas. Jumlah kecil tidak semestinya sama dengan jumlah keseluruhan pinjaman/pembiayaan disebabkan oleh penggenapan.
Skop data:
Data dilaporkan oleh sistem perbankan yang terdiri daripada bank-bank perdagangan, bank-bank Islam dan bank-bank pelaburan.
Mata Wang:
Data dalam Ringgit Malaysia (RM) seperti yang dilaporkan oleh institusi pelapor.
Dasar semakan:
Data 6 bulan terkini dikemas kini setiap bulan dan data 12 bulan dikemas kini setiap tahun dalam penerbitan bulan Januari (data bulan Disember) untuk mengambil kira sebarang penghantaran semula data yang dilaporkan sebelum ini oleh institusi pelapor.
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Bulanan
Jadual keluaran: 1 bulan selepas akhir bulan laporan.
Takrifan:
Jangkaan Kerugian Kredit untuk 12 Bulan (Peringkat 1) merujuk bahagian jangkaan kerugian kredit seumur hidup yang mewakili jangkaan kerugian kredit yang terhasil daripada peristiwa mungkir pada instrumen kewangan yang mungkin dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh pelaporan.
Jangkaan Kerugian Kredit Seumur Hidup Tidak Terjejas Kredit (Peringkat 2) merujuk jangkaan kerugian kredit ke atas instrumen kewangan tidak terjejas yang terhasil daripada semua kemungkinan kejadian mungkir sepanjang jangka hayat instrumen kewangan.
Jangkaan Kerugian Kredit Seumur Hidup Terjejas Kredit (Peringkat 3) merujuk jangkaan kerugian kredit ke atas instrumen kewangan terjejas yang berpunca daripada semua kemungkinan kejadian mungkir sepanjang jangka hayat instrumen kewangan. Ini merangkumi pembelian atau penerbitan aset kewangan yang mempunyai bukti kemerosotan kredit sebelum dibeli atau diterbitkan, dan diklasifikasikan sebagai terjejas kredit sewaktu pengiktirafan asal.
Jumlah peruntukan merujuk semua peruntukan kerugian yang dibuat untuk pinjaman/pembiayaan seperti yang ditakrifkan di bawah MFRS 9.
Nisbah Pinjaman/Pembiayaan Terjejas Kasar kepada Jumlah Pembiayaan Kasar merujuk jumlah pinjaman/pembiayaan di bawah Jangkaan Kerugian Kredit Seumur Hidup Terjejas Kredit sebagai sebahagian daripada jumlah pinjaman/pembiayaan kasar tertunggak.
Nisbah Pinjaman/Pembiayaan Terjejas Bersih kepada Jumlah Pinjaman/Pembiayaan Bersih merujuk jumlah pinjaman/pembiayaan di bawah Jangkaan Kerugian Kredit Seumur Hidup Terjejas Kredit selepas ditolak jumlah Peruntukan Jangkaan Kerugian Kredit Seumur Hidup Terjejas Kredit sebagai sebahagian daripada jumlah pinjaman/pembiayaan kasar tertunggak selepas ditolak jumlah Peruntukan Jangkaan Kerugian Kredit Seumur Hidup Terjejas Kredit.
Kaedah penyusunan:
Penyusunan dan tafsiran data diselaraskan dengan klasifikasi pendedahan MFRS 9.
Skop data:
Data dilaporkan oleh sistem perbankan yang terdiri daripada bank-bank perdagangan, bank-bank Islam dan bank-bank pelaburan.
Mata Wang:
Data dalam Ringgit Malaysia (RM) seperti yang dilaporkan oleh institusi pelapor.
Dasar semakan:
Data 6 bulan terkini dikemas kini setiap bulan dan data 12 bulan dikemas kini setiap tahun dalam penerbitan bulan Januari (data bulan Disember) untuk mengambil kira sebarang penghantaran semula data yang dilaporkan sebelum ini oleh institusi pelapor.
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Bulanan
Jadual keluaran: 1 bulan selepas akhir bulan laporan.
Takrifan:
Jangkaan Kerugian Kredit untuk 12 Bulan (Peringkat 1) merujuk bahagian jangkaan kerugian kredit seumur hidup yang mewakili jangkaan kerugian kredit yang disebabkan oleh peristiwa mungkir pada instrumen kewangan yang mungkin berlaku dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh pelaporan.
Jangkaan Kerugian Kredit Seumur Hidup Tidak Terjejas Kredit (Peringkat 2) merujuk jangkaan kerugian kredit ke atas instrumen kewangan tidak terjejas yang disebabkan oleh semua kejadian mungkir yang mungkin berlaku sepanjang jangka hayat instrumen kewangan.
Jangkaan Kerugian Kredit Seumur Hidup Terjejas Kredit (Peringkat 3) merujuk jangkaan kerugian kredit ke atas instrumen kewangan terjejas yang berpunca daripada semua kemungkinan kejadian mungkir bagi sepanjang jangka hayat instrumen kewangan. Ini merangkumi pembelian atau penerbitan aset kewangan yang mempunyai bukti kemerosotan kredit sebelum dibeli atau diterbitkan, dan diklasifikasikan sebagai terjejas kredit sewaktu pengiktirafan asal.
Jumlah peruntukan merujuk semua peruntukan kerugian yang dibuat untuk pinjaman/pembiayaan seperti yang ditakrifkan di bawah MFRS 9.
Nisbah Pinjaman/Pembiayaan Terjejas Kasar kepada Jumlah Pembiayaan Kasar merujuk jumlah pembiayaan di bawah Jangkaan Kerugian Kredit Seumur Hidup Terjejas Kredit sebagai sebahagian daripada jumlah pinjaman/pembiayaan kasar terkumpul.
Nisbah Pinjaman/Pembiayaan Terjejas Bersih kepada Jumlah Pinjaman/Pembiayaan Bersih merujuk jumlah pinjaman/pembiayaan di bawah Jangkaan Kerugian Kredit Seumur Hidup Terjejas Kredit selepas ditolak jumlah Peruntukan Jangkaan Kerugian Kredit Seumur Hidup Terjejas Kredit sebagai sebahagian daripada jumlah pinjaman/pembiayaan kasar terkumpul selepas ditolak Peruntukan Jangkaan Kerugian Kredit Seumur Hidup Terjejas Kredit.
Kaedah penyusunan:
Penyusunan dan tafsiran data diselaraskan dengan pengelasan dedahan MFRS 9.
Skop data:
Data dilaporkan oleh sistem perbankan yang terdiri daripada bank-bank perdagangan, bank-bank Islam dan bank-bank pelaburan.
Mata Wang:
Data dalam Ringgit Malaysia (RM) seperti yang dilaporkan oleh institusi pelapor.
Dasar semakan:
Data 6 bulan terkini dikemas kini setiap bulan dan data 12 bulan dikemas kini setiap tahun dalam penerbitan Januari (data Disember) untuk mengambil kira sebarang penghantaran semula data yang dilaporkan sebelum ini oleh institusi pelapor.
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Bulanan
Jadual keluaran: 1 bulan selepas akhir bulan laporan.
Takrifan:
Pembelian Sekuriti merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan untuk membiayai pembelian sekuriti dalam pasaran utama dan juga pasaran sekunder. Hal ini termasuk pinjaman yang dikeluarkan untuk menggantikan pinjaman lain yang telah dikeluarkan sebelum ini oleh pihak lain untuk pembelian sekuriti.
Pembelian Aset Tetap selain Tanah dan Bangunan merujuk pembelian aset tetap, selain tanah dan bangunan yang digunakan/akan digunakan bagi tujuan aktiviti perniagaan peminjam. Kategori ini merangkumi jentera dan peralatan yang digunakan bagi tujuan pengeluaran atau pembekalan barangan atau perkhidmatan, atau tujuan pentadbiran, atau dijual dalam urusan biasa perniagaan, atau disewa kepada pihak lain.
Pembelian Kenderaan Pengangkutan merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan untuk membiayai pembelian kenderaan bermotor bagi tujuan pengangkutan barangan dan/atau penumpang.
Pembelian Kereta Penumpang merujuk pinjaman/pembiayaan untuk pembelian kenderaan bermotor yang digunakan khususnya untuk membawa sejumlah penumpang yang terhad, dan termasuk kenderaan pelbagai fungsi yang disesuaikan untuk membawa penumpang (dan bukan barangan) tetapi tidak termasuk bas dan bas mini.
Pembelian Harta Kediaman merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan untuk membeli atau membiayai semula pembelian harta kediaman untuk tujuan kediaman persendirian, termasuk pinjaman/pembiayaan perumahan yang dijual kepada Cagamas dengan rekursa, yang dikelaskan kepada RM300, 000 dan ke bawah, RM300, 001–RM500, 000, RM500,001–RM1,000,000, dan lebih daripada RM1,000,000
Pembelian Harta Bukan Kediaman merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan untuk membeli dan membiayai semula pembelian harta bukan kediaman. Harta bukan kediaman bermaksud harta yang tidak digunakan untuk kediaman persendirian yang termasuk bangunan perindustrian, kilang, tanah, kompleks komersial, gudang, pejabat Kecil/pejabat Fleksibel (Small office/Flexible office, SoFo), pejabat Kecil/pejabat Serba Guna (Small office/Versatile Office, SoVo) dan bangunan lain bukan untuk kediaman.
Kegunaan Persendirian merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan kepada individu untuk kegunaan persendirian sahaja, dan tidak termasuk pinjaman/pembiayaan kepada individu untuk pembelian sekuriti, tanah dan bangunan serta aset tetap lain.
Pembelian Barangan Pengguna Tahan Lama merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan untuk pembelian barangan pengguna tahan lama seperti perkakasan rumah untuk kegunaan persendirian.
Kad Kredit merujuk kredit terkumpul yang dikeluarkan kepada pelanggan menggunakan kad kredit/caj yang dikeluarkan oleh institusi pelaporan dan termasuk pengeluaran wang tunai menggunakan kad-kad seperti ini.
Pembinaan merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan kepada pelanggan untuk membiayai kerja pembinaan am termasuk kerja kejuruteraan awam, kerja kontrak khas, pembinaan bangunan perindustrian dan kilang, pembinaan infrastruktur, kompleks komersial, rumah kediaman dan aktiviti pembinaan lain.
Modal Kerja merujuk pengeluaran pinjaman/pembiayaan kepada perniagaan untuk digunakan bagi memudahkan transaksi/aktiviti perniagaan harian (contohnya, perbelanjaan operasi, pembelian inventori, pembiayaan belum terima) dan secara amnya bukan untuk tujuan membiayai pembelian aset jangka panjang atau pelaburan
Tujuan Lain merujuk tujuan yang tidak dikelaskan di tempat lain dalam kelas atau subkelas di bawah tujuan. Hal ini termasuk pinjaman/pembiayaan untuk tujuan penggabungan dan pengambilalihan serta pinjaman selanjutnya.
Jumlah pinjaman/pembiayaan terjejas merujuk pinjaman/pembiayaan terjejas kasar terkumpul yang termasuk pinjaman/pembiayaan perumahan yang dijual kepada Cagamas. Pecahan jumlah tidak semestinya sama dengan jumlah besar disebabkan oleh penghampiran angka. Ini merangkumi pembelian atau penerbitan aset kewangan yang mempunyai bukti kemerosotan kredit sebelum dibeli atau diterbitkan, dan diklasifikasikan sebagai terjejas kredit sewaktu pengiktirafan asal.
Skop data:
Data dilaporkan oleh sistem perbankan yang terdiri daripada bank-bank perdagangan, bank-bank Islam dan bank-bank pelaburan.
Mata Wang:
Data dalam Ringgit Malaysia (RM) seperti yang dilaporkan oleh institusi pelapor.
Dasar semakan:
Data 6 bulan terkini dikemas kini setiap bulan dan data 12 bulan dikemas kini setiap tahun dalam penerbitan bulan Januari (data bulan Disember) untuk mengambil kira sebarang penghantaran semula data yang dilaporkan sebelum ini oleh institusi pelapor.
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Bulanan
Jadual keluaran: 1 bulan selepas akhir bulan laporan.
Takrifan:
Kad Debit merujuk kad pembayaran yang membolehkan pemegang mengecaj pembelian terus kepada akaun mereka di institusi kewangan. Dana didebitkan sepenuhnya untuk setiap transaksi.
Jumlah Belian merujuk sebarang transaksi yang melibatkan pemerolehan barangan dan perkhidmatan sebagai pertukaran untuk pembayaran.
Jumlah Pengeluaran Tunai Melalui Terminal Jualan (Terminal POS) merujuk pengeluaran wang tunai di terminal jualan ( menggunakan kad debit.
Jumlah Pindahan Dana merujuk pemindahan dana daripada akaun pemegang kad kepada pihak lain menerusi mesin juruwang automatik.
Jumlah Pengeluaran Wang Tunai Menerusi ATM merujuk pengeluaran wang tunai menerusi mesin juruwang automatik (ATM) menggunakan mana-mana kad yang dikeluarkan atau kaedah tanpa kad yang disediakan oleh institusi pelapor pada bulan pelaporan. Tidak termasuk pengeluaran wang tunai daripada akaun kad kredit.
Transaksi Di Malaysia merujuk transaksi yang dibuat sama ada di (i) premis peniaga yang berada di Malaysia (dalam talian & luar talian) atau (ii) ATM di Malaysia.
Transaksi Di Luar Negara merujuk transaksi yang dibuat sama ada di (i) premis peniaga di luar Malaysia (dalam talian & luar talian) atau (ii) ATM di luar Malaysia.
Skop Data:
Data dilaporkan oleh institusi kewangan domestik yang mengeluarkan instrumen kad pembayaran yang terdiri daripada bank-bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan. Data mewakili transaksi daripada kad yang dikeluarkan oleh institusi kewangan domestik (pemegang kad tempatan).
Mata Wang:
Data dalam Ringgit Malaysia (RM) seperti yang dilaporkan oleh institusi pelapor.
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Bulanan
Jadual keluaran: 1 bulan selepas akhir bulan pelaporan.
Takrifan:
Sektor Perbankan Bukan Pemastautin merujuk bank pusat, pejabat bank yang berkaitan dan tidak berkaitan.
Sektor Bukan Bank Bukan Pemastautin merujuk institusi kewangan bukan bank, syarikat bukan kewangan, kerajaan am, isi rumah dan institusi tidak berasaskan keuntungan yang memberikan perkhidmatan kepada isi rumah.
Instrumen lain terdiri daripada modal ekuiti, perolehan tertahan, sekuriti ekuiti, derivatif kewangan dan pelbagai.
Kaedah penyusunan:
Penyusunan dan tafsiran data adalah sejajar dengan piawaian antarabangsa, seperti yang digariskan dalam edisi keenam Manual Imbangan Pembayaran dan Kedudukan Pelaburan Antarabangsa Tabung Kewangan Antarabangsa dan garis panduan pelaporan Bank for International Settlements (BIS) untuk perangkaan perbankan antarabangsa.
Skop data:
Data dilaporkan oleh sistem perbankan yang terdiri daripada bank-bank perdagangan, bank-bank Islam dan bank-bank pelaburan.
Penukaran kepada unit akaun:
Data dilaporkan dalam mata wang asal dan amaun asing ditukar kepada Ringgit Malaysia berdasarkan kadar suku akhir tempoh tersebut.
Penilaian:
Kedudukan aset dan liabiliti kewangan luaran dinilai berdasarkan nilai buku, atau dalam beberapa kes, nilai tara.
Dasar Semakan:
Semakan dibuat untuk data tahun sebelumnya (t–1) dan dua tahun sebelumnya (t-2) semasa penerbitan data suku pertama tahun semasa (t). Data akan ditandakan berdasarkan statusnya seperti yang di bawah:
Data awalan: simbol (a)
Data disemak: simbol (r)
Data akhir: simbol (f) atau tiada simbol
Sumber data: Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia
Tempoh Data: Suku Tahunan
Jadual keluaran: 2 bulan selepas akhir suku pelaporan
Takrifan:
Harta Tanah, Loji dan Kelengkapan terdiri daripada harta tanah yang diduduki sendiri serta harta tanah, loji dan kelengkapan lain.
Pinjaman terdiri daripada pinjaman dasar, pinjaman bercagar lain, pinjaman kakitangan dan pinjaman tidak bercagar.
Pelaburan terdiri daripada sekuriti dan bil Kerajaan Malaysia, pinjaman dijamin Kerajaan Malaysia, sekuriti hutang/korporat, aset kewangan derivatif dan pelaburan lain.
Harta Tanah Pelaburan merujuk harta tanah yang dipegang untuk mendapatkan sewa atau penambahan modal atau kedua-duanya.
Wang Tunai dan Deposit terdiri daripada deposit tetap/pasaran wang, wang tunai dan baki bank.
Aset Asing merujuk pelaburan di negara asing dan termasuk sekuriti, bil dan sijil atau sebarang dokumen yang dikeluarkan atau dijamin oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia atau dikeluarkan oleh entiti lain yang ditubuhkan di Malaysia tetapi dalam denominasi mata wang asing dan/atau dikeluarkan dan didagangkan di negara asing.
Aset Lain terdiri daripada premium terkumpul dan baki ejen, amaun tertunggak daripada syarikat insurans semula/syarikat sid, deposit insurans semula, faedah, dividen, sewa belum terima dan penghutang rampai dan aset lain.
Kaedah Penyusunan:
Penyusunan data adalah sejajar dengan piawaian perakaunan terpakai yang diterbitkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia dan piawaian lain yang dispesifikasikan oleh BNM.
Penilaian:
Penilaian data adalah sejajar dengan piaiwaian perakaunan yang diluluskan dan piawaian lain yang ditetapkan oleh BNM.
Skop Data:
Data dilaporkan oleh penanggung insurans yang diperbadankan di Malaysia.
Dasar Semakan:
Semakan dibuat untuk data dua tahun sebelumnya (t-2) sehingga suku tahun terdahulu bagi tahun semasa.
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Suku Tahunan
Jadual keluaran: 2 bulan selepas akhir suku pelaporan
Takrifan:
Harta Tanah, Loji dan Kelengkapan terdiri daripada harta tanah yang diduduki sendiri serta harta tanah, loji dan kelengkapan lain.
Pembiayaan terdiri daripada pembiayaan bercagar, pembiayaan kakitangan dan pembiayaan tidak bercagar.
Pelaburan terdiri daripada sekuriti dan bil kerajaan berasaskan prinsip Islam, pembiayaan dijamin Kerajaan Malaysia, sekuriti hutang berasaskan prinsip Islam/saham patuh Syariah, pelaburan dalam dana berkaitan syarikat takaful lain dan pelaburan lain.
Harta Tanah Pelaburan terdiri daripada harta tanah yang dipegang untuk mendapatkan sewa atau penambahan modal atau kedua-duanya.
Wang Tunai dan Deposit terdiri daripada akaun pelaburan/pasaran wang berasaskan prinsip Islam, wang tunai dan baki bank.
Aset Asing merujuk pelaburan berasaskan prinsip Islam di negara asing dan termasuk sekuriti, bil dan sijil atau sebarang dokumen yang dikeluarkan atau dijamin oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia atau dikeluarkan oleh entiti lain yang ditubuhkan di Malaysia tetapi dalam denominasi mata wang asing dan/atau dikeluarkan dan didagangkan di negara asing.
Aset Lain terdiri daripada caruman terkumpul dan baki ejen, amaun tertunggak daripada syarikat takaful semula/syarikat sid, deposit takaful semula, pendapatan, dividen, sewa belum terima dan penghutang rampai dan aset lain.
Kaedah Penyusunan:
Penyusunan data adalah sejajar dengan piawaian perakaunan terpakai yang diterbitkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia dan piawaian lain yang dispesifikasikan oleh BNM.
Penilaian:
Penilaian data adalah sejajar dengan piaiwaian perakaunan yang diluluskan dan piawaian lain yang ditetapkan oleh BNM.
Skop Data:
Data dilaporkan oleh pengendali takaful langsung yang diperbadankan di Malaysia.
Dasar Semakan:
Semakan dibuat untuk data dua tahun sebelumnya (t-2) sehingga suku tahun terdahulu bagi tahun semasa.
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Suku Tahunan
Jadual keluaran: 2 bulan selepas akhir suku pelaporan
Takrifan:
Nisbah Kecukupan Modal merujuk nisbah jumlah modal sedia ada kepada jumlah modal diperlukan.
Kaedah Penyusunan:
Penyusunan data adalah sejajar dengan Risk-based Capital Framework (RBC), seperti yang digariskan oleh Bank Negara Malaysia. RBC berfungsi sebagai penunjuk utama daya tahan penanggung insurans berlesen dan akan digunakan sebagai input untuk menentukan intervensi pengawalseliaan oleh BNM.
Penilaian:
Penilaian data adalah sejajar dengan piaiwaian perakaunan yang diluluskan dan piawaian lain yang ditetapkan oleh BNM.
Skop Data:
Data dilaporkan oleh penanggung insurans langsung dan penanggung insurans semula profesional.
Dasar Semakan:
Semakan dibuat untuk data dua tahun sebelumnya (t-2) sehingga suku tahun semasa sebelumnya.
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Suku Tahunan
Jadual keluaran: 2 bulan selepas akhir suku pelaporan
Takrifan:
Nisbah Kecukupan Modal merujuk nisbah jumlah modal sedia ada kepada jumlah modal diperlukan
Kaedah Penyusunan:
Penyusunan data adalah sejajar dengan Risk-Based Capital for Takaful Operators Framework (RBCT), seperti yang digariskan oleh BNM. RBCT berfungsi sebagai penunjuk utama daya tahan pengendali takaful berlesen dan akan digunakan sebagai input untuk menentukan intervensi pengawasan oleh BNM.
Penilaian:
Penilaian data adalah sejajar dengan piaiwaian perakaunan yang diluluskan dan piawaian lain yang ditetapkan oleh BNM.
Skop Data:
Data dilaporkan oleh pengendali takaful langsung.
Dasar Semakan:
Semakan dibuat untuk data dua tahun sebelumnya (t-2) sehingga suku tahun semasa sebelumnya.
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Suku Tahunan
Jadual keluaran: 2 bulan selepas akhir suku pelaporan
Takrifan:
Premium/Caruman merujuk bayaran dalam bentuk wang yang boleh dibayar sekali sahaja atau secara berkala oleh pemegang polisi atau sijil kepada penanggung insurans atau pengendali takaful sebagai balasan bagi perlindungan insurans/takaful yang disediakan.
Kaedah Penyusunan:
Premium dilaporkan berdasarkan Kadar Kasar Asaltanpa sebarang penolakan untuk komisen atau pembrokeran.
Skop Data:
Data dilaporkan oleh penanggung insurans langsung.
Dasar Semakan:
Semakan dibuat untuk data dua tahun sebelumnya (t-2) sehingga suku tahun semasa sebelumnya.
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Suku Tahunan
Jadual keluaran: 2 bulan selepas akhir suku pelaporan
Takrifan:
Nisbah Bendungan merujuk nisbah premium/caruman bersih kepada premium/ caruman kasar.
Kaedah Penyusunan:
Nisbah bendungan dikira berdasarkan peratusan premium bersih berbanding premium langsung kasar dan premium insurans semula diterima tanpa insurans semula yang disidkan.
Skop Data:
Data dilaporkan oleh penanggung insurans langsung dan penanggung insurans semula profesional.
Dasar Semakan:
Semakan dibuat untuk data dua tahun sebelumnya (t-2) sehingga suku tahun semasa sebelumnya.
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Suku Tahunan
Jadual keluaran: 2 bulan selepas akhir suku pelaporan
Takrifan:
Nisbah Bendungan merujuk nisbah premium/caruman bersih kepada premium/ caruman kasar.
Kaedah Penyusunan:
Nisbah bendungan dikira berdasarkan peratusan premium bersih berbanding premium langsung kasar dan premium insurans semula diterima tanpa insurans semula yang disidkan.
Skop Data:
Data dilaporkan oleh penanggung insurans langsung.
Dasar Semakan:
Semakan dibuat untuk data dua tahun sebelumnya (t-2) sehingga suku tahun semasa sebelumnya.
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Suku Tahunan
Jadual keluaran: 2 bulan selepas akhir suku pelaporan
Takrifan:
Nisbah Bendungan merujuk nisbah premium/caruman bersih kepada premium/ caruman kasar
Kaedah Penyusunan:
Nisbah bendungan dikira berdasarkan peratusan premium bersih berbanding premium insurans semula diterima.
Skop Data:
Data dilaporkan oleh penanggung insurans semula profesional.
Dasar Semakan:
Semakan dibuat untuk data dua tahun sebelumnya (t-2) sehingga suku tahun semasa sebelumnya.
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Suku Tahunan
Jadual keluaran: 2 bulan selepas akhir suku pelaporan
Takrifan:
Tuntutan merujuk pemberitahuan kepada penanggung insurans atau pengendali takaful bahawa pembayaran sesuatu jumlah wang yang perlu dibuat menurut terma-terma polisi/sijil.
Kaedah Penyusunan:
Tuntutan kasar dibayar merangkumi perbelanjaan tuntutan langsung seperti fi ajuster, perbelanjaan guaman dan penyiasatan.
Skop Data:
Data dilaporkan oleh penanggung insurans langsung.
Dasar Semakan:
Semakan dibuat untuk data dua tahun sebelumnya (t-2) sehingga suku tahun semasa sebelumnya.
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Suku Tahunan
Jadual keluaran: 2 bulan selepas akhir suku pelaporan
Takrifan:
Tuntutan merujuk pemberitahuan kepada penanggung insurans atau pengendali takaful bahawa pembayaran sesuatu jumlah wang yang perlu dibuat menurut terma-terma polisi/sijil.
Kaedah Penyusunan:
Tuntutan bersih dibayar dilaporkan selepas penolakan tuntutan diperoleh semula dari insurans semula yang disidkan.
Skop Data:
Data dilaporkan oleh penanggung insurans langsung dan penanggung insurans semula profesional.
Dasar Semakan:
Semakan dibuat untuk data dua tahun sebelumnya (t-2) sehingga suku tahun semasa sebelumnya.
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Suku Tahunan
Jadual keluaran: 2 bulan selepas akhir suku pelaporan
Takrifan:
Premium/Caruman merujuk bayaran dalam bentuk wang yang dibayar sekali sahaja atau secara berkala oleh pemegang polisi/sijil kepada penanggung insurans atau pengendali takaful sebagai balasan bagi perlindungan insurans/ takaful yang disediakan
Kaedah Penyusunan:
Premium dilaporkan berdasarkan Kadar Kasar Asal tanpa sebarang penolakan untuk komisen atau pembrokeran.
Skop Data:
Data dilaporkan oleh pengendali takaful langsung.
Dasar Semakan:
Semakan dibuat untuk data dua tahun sebelumnya (t-2) sehingga suku tahun semasa sebelumnya.
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Suku Tahunan
Jadual keluaran: 2 bulan selepas akhir suku pelaporan
Takrifan:
Nisbah Bendungan merujuk nisbah premium/caruman bersih kepada premium/ caruman kasar.
Kaedah Penyusunan:
Nisbah bendungan dikira berdasarkan peratusan caruman bersih kepada caruman langsung kasar dan caruman takaful semula diterima ditolak takaful semula disidkan.
Skop Data:
Data dilaporkan oleh pengendali takaful langsung.
Dasar Semakan:
Semakan dibuat untuk data dua tahun sebelumnya (t-2) sehingga suku tahun semasa sebelumnya.
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Suku Tahunan
Jadual keluaran: 2 bulan selepas akhir suku pelaporan
Takrifan:
Tuntutan merujuk pemberitahuan kepada penanggung insurans atau pengendali takaful bahawa pembayaran sesuatu jumlah wang yang perlu dibuat menurut terma-terma polisi/sijil
Kaedah Penyusunan:
Tuntutan kasar dibayar merangkumi perbalanjaan tuntutan langsung seperti fi ajuster, perbelanjaan guaman dan penyiasatan.
Skop Data:
Data dilaporkan oleh pengendali takaful langsung.
Dasar Semakan:
Semakan dibuat untuk data dua tahun sebelumnya (t-2) sehingga suku tahun semasa sebelumnya.
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Suku Tahunan
Jadual keluaran: 2 bulan selepas akhir suku pelaporan
Takrifan:
Tuntutan merujuk pemberitahuan kepada penanggung insurans atau pengendali takaful bahawa pembayaran sesuatu jumlah wang yang perlu dibuat menurut terma-terma polisi/sijil
Kaedah Penyusunan:
Tuntutan bersih dibayar dilaporkan selepas penolakan tuntutan diperoleh semula dari insurans semula yang disidkan.
Skop Data:
Data dilaporkan oleh pengendali takaful langsung.
Dasar Semakan:
Semakan dibuat untuk data dua tahun sebelumnya (t-2) sehingga suku tahun semasa sebelumnya
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Suku Tahunan
Jadual keluaran: 2 bulan selepas akhir suku pelaporan
Takrifan:
Pembelian Sekuriti merujuk pinjaman yang dikeluarkan untuk membiayai pembelian sekuriti di pasaran utama dan juga pasaran sekunder. Hal ini termasuk pinjaman yang dikeluarkan untuk menggantikan pinjaman lain yang telah dikeluarkan sebelum ini oleh pihak lain untuk pembelian sekuriti.
Pembelian Aset Tetap selain Tanah dan Bangunan merujuk pembelian aset tetap, selain tanah dan bangunan yang digunakan/akan digunakan bagi tujuan aktiviti perniagaan peminjam. Kategori ini merangkumi jentera dan peralatan yang digunakan bagi tujuan pengeluaran atau pembekalan barangan atau perkhidmatan, atau tujuan pentadbiran, atau dijual dalam urusan biasa perniagaan, atau disewa kepada pihak lain.
Pembelian Kenderaan Pengangkutan merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan untuk membiayai pembelian kenderaan bermotor bagi tujuan pengangkutan barangan dan/atau penumpang.
Pembelian Kereta Penumpang merujuk pinjaman/pembiayaan untuk pembelian kenderaan bermotor yang digunakan khususnya untuk membawa sejumlah penumpang yang terhad, dan termasuk kenderaan pelbagai fungsi yang disesuaikan untuk membawa penumpang (dan bukan barangan) tetapi tidak termasuk bas dan bas mini.
Pembelian Harta Kediaman merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan untuk membeli atau membiayai semula pembelian harta kediaman untuk tujuan kediaman persendirian, termasuk pinjaman/pembiayaan perumahan yang dijual kepada Cagamas dengan rekursa, yang dikelaskan kepada RM250, 000 dan ke bawah, RM250, 001–RM500, 000, RM500,001–RM1,000,000, dan lebih daripada RM1,000,000
Pembelian Harta Bukan Kediaman merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan untuk membeli dan membiayai semula pembelian harta bukan kediaman. Harta bukan kediaman bermaksud harta yang tidak digunakan untuk kediaman persendirian yang termasuk bangunan perindustrian, kilang, tanah, kompleks komersial, gudang, pejabat Kecil/pejabat Fleksibel (Small office/Flexible office, SoFo), pejabat Kecil/pejabat Serba Guna (Small office/Versatile Office, SoVo) dan bangunan lain bukan untuk kediaman.
Kegunaan Persendirian merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan kepada individu untuk kegunaan persendirian sahaja, dan tidak termasuk pinjaman/pembiayaan kepada individu untuk pembelian sekuriti, tanah dan bangunan serta aset tetap lain.
Pembelian Barangan Pengguna Tahan Lama merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan untuk pembelian barangan pengguna tahan lama seperti perkakasan rumah untuk kegunaan persendirian.
Kad Kreditmerujuk kredit terkumpul yang dikeluarkan kepada pelanggan menggunakan kad kredit/caj yang dikeluarkan oleh institusi pelaporan dan termasuk pengeluaran wang tunai menggunakan kad-kad seperti ini.
Pembinaan merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan kepada pelanggan untuk membiayai kerja pembinaan am termasuk kerja kejuruteraan awam, kerja kontrak khas, pembinaan bangunan perindustrian dan kilang, pembinaan infrastruktur, kompleks komersial, rumah kediaman dan aktiviti pembinaan lain.
Modal Kerja merujuk pengeluaran pinjaman/pembiayaan kepada perniagaan untuk digunakan bagi memudahkan transaksi/aktiviti perniagaan harian (contohnya, perbelanjaan operasi, pembelian inventori, pembiayaan belum terima) dan secara amnya bukan untuk tujuan membiayai pembelian aset jangka panjang atau pelaburan
Tujuan Lain merujuk tujuan yang tidak dikelaskan di tempat lain dalam kelas atau subkelas di bawah tujuan. Hal ini termasuk pinjaman/pembiayaan untuk tujuan penggabungan dan pengambilalihan serta pinjaman selanjutnya.
Jumlah pinjaman/pembiayaan merujuk pinjaman/pembiayaan kasar terkumpul yang termasuk pinjaman/pembiayaan perumahan yang dijual kepada Cagamas. Pecahan jumlah tidak semestinya sama dengan jumlah besar disebabkan oleh penghampiran angka.
Skop data:
Data dilaporkan oleh sistem perbankan terdiri daripada bank perdagangan, bank Islam dan bank pelaburan.
Mata wang:
Data dalam Ringgit Malaysia (RM) seperti yang dilaporkan oleh institusi pelapor.
Dasar semakan:
Data 6 bulan terkini dimuat semula setiap bulan dan data 12 bulan dimuat semula pada setiap tahun dalam penerbitan Januari (data Disember) untuk mengambil kira sebarang penyerahan semula sejarah yang dilakukan oleh entiti pelapor.
Sumber data: Bank Negara Malaysia
Tempoh data: Bulanan
Jadual keluaran: 1 bulan selepas akhir bulan laporan.
Takrifan:
Dalam Malaysia merujuk kepada lokasi penggunaan pinjaman/pembiayaan di mana hasil daripada pinjaman/pembiayaan digunakan dalam sempadan geografi Malaysia, yang merangkumi tiga belas (13) negeri dan tiga (3) wilayah persekutuan. Semenanjung Malaysia terdiri daripada negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarwak, Selangor, dan Terengganu. Tiga wilayah persekutuan tersebut adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Luar Malaysia merujuk kepada lokasi penggunaan pinjaman/pembiayaan di mana hasil daripada pinjaman/pembiayaan digunakan di luar sempadan geografi Malaysia, tidak termasuk tiga belas (13) negeri dan tiga (3) wilayah persekutuan.
Pembelian Kenderaan Pengangkutan merujuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan untuk membiayai pembelian kenderaan bermotor bagi tujuan pengangkutan barangan dan/atau penumpang.
Jumlah pinjaman/pembiayaan merujuk pinjaman/pembiayaan kasar terkumpul yang termasuk pinjaman/pembiayaan perumahan yang dijual kepada Cagamas. Jumlah kecil tidak semestinya sama dengan jumlah keseluruhan pinjaman/pembiayaan disebabkan oleh penggenapan.
Skop data:
Data dilaporkan oleh bank-bank perdagangan, bank-bank Islam dan bank-bank pelaburan.