Pelantikan Ahli-ahli Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia
Embargo :26 Jan 2023
Bank Negara Malaysia (BNM) ingin mengumumkan pelantikan semula empat ahli Majlis Penasihat Shariah (MPS) untuk tempoh tiga tahun dan pelantikan dua orang ahli MPS yang baharu untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023. Pelantikan ini dibuat menurut seksyen 53(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009.
MPS dibarisi sembilan orang ahli yang berkepakaran dan berpengalaman dalam bidang Syariah, ekonomi Islam, undang-undang dan kewangan.
Ahli-ahli yang dilantik semula ialah:
Ahli-ahli baharu yang dilantik ialah:
Ahli-ahli lain yang sedia ada ialah:
MPS merupakan badan berautoriti tertinggi bagi menentukan hukum syarak berhubung dengan perniagaan kewangan Islam di Malaysia. MPS memainkan peranan penting untuk menggalakkan kepastian pada Syariah serta mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap industri kewangan Islam. MPS juga berfungsi sebagai penasihat kepada BNM mengenai sebarang isu Syariah yang berkaitan dengan perniagaan kewangan Islam, aktiviti atau transaksi kewangan Islam yang dijalankan oleh BNM. Keputusan Syariah yang dibuat oleh MPS menjadi sumber rujukan institusi kewangan Islam bagi memastikan operasi perniagaan mereka mematuhi prinsip Syariah. Selain itu, keputusan MPS juga boleh digunakan sebagai rujukan mahkamah dan penimbang tara. MPS telah mengadakan mesyuarat pertama bagi tahun 2023 pada hari ini.
BNM juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dan Dato’ A. Aziz A. Rahim yang telah menyempurnakan tempoh perkhidmatan mereka sebagai ahli MPS. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dilantik sebagai ahli MPS pada 1 Mei 1997 dan telah memegang jawatan sebagai Pengerusi MPS sejak 27 Disember 2006. Sementara itu, Dato’ A. Aziz A. Rahim telah menjadi ahli MPS sejak 1 November 2016.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, “MPS memainkan peranan penting dalam memajukan aspirasi kewangan Islam di Malaysia. Sepanjang tempoh ini, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dan Dato’ A. Aziz A. Rahim telah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam proses tersebut, dan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih terhadap komitmen dan dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi.”
Bank Negara Malaysia
26 Januari 2023
© Bank Negara Malaysia, 2023. All rights reserved.