Pernyataan oleh Jawatankuasa Pasaran Kewangan: Rangka Kerja Pejabat Luar Negeri yang Dilantik
Embargo :6 Dis 2016
Susulan langkah-langkah yang diumumkan pada 2 Disember 2016, Jawatankuasa Pasaran Kewangan (Financial Market Committee, FMC) ingin mengumumkan Rangka Kerja Pejabat Luar Negeri yang Dilantik (Appointed Overseas Office, AOO). Rangka kerja ini bertujuan memberikan fleksibiliti tambahan terhadap transaksi ringgit dengan membenarkan institusi kewangan bukan pemastautin yang dilantik oleh sebuah bank tempatan berlesen untuk membuat transaksi berturut-turut (back-to-back) bagi membantu penyelesaian perdagangan dan aset ringgit antara bukan pemastautin dengan pemastautin. Rangka kerja ini yang mula diperkenalkan pada tahun 2007, kini diperluas untuk meliputi transaksi tambahan seperti perlindungan nilai pertukaran asing (akaun sendiri/ bagi pihak pelanggan) bagi akaun semasa dan kewangan berdasarkan komitmen, pembukaan akaun ringgit (simpan kira) dan pemberian pembiayaan perdagangan dalam denominasi ringgit.
Dengan mengambil kira institusi kewangan bukan pemastautin di luar kumpulan perbankan bank tempatan berlesen, rangka kerja AOO yang diperluas ini menyediakan pedagang bukan pemastautin dan juga pelabur dengan saluran yang lebih luas untuk menyelesaikan perdagangan atau pelaburan dalam ringgit melalui saluran yang dibenarkan.
Rangka Kerja Operasi AOO:
|
Transaksi Pertukaran Asing |
Pejabat Luar Negeri Dilantik |
Institusi Kewangan Bukan Pemastautin Dilantik |
|---|---|---|
|
Perdagangan barangan dan perkhidmatan dengan pemastautin |
|
|
|
Dibenarkan dengan bebas |
Setelah diluluskan oleh BNM |
|
Dibenarkan dengan bebas |
Setelah diluluskan oleh BNM |
|
Aset Ringgit |
|
|
|
Dibenarkan dengan bebas |
Setelah diluluskan oleh BNM |
|
Dibenarkan dengan bebas |
Setelah diluluskan oleh BNM |
|
Perlindungan Nilai Dinamik |
|
|
|
Sehingga 25% tanpa keterangan dokumentar (documentary evidence) |
Tertakluk kepada pendaftaran sekali sahaja dengan BNM oleh pelabur institusi Bukan Pemastautin |
Setelah diluluskan oleh BNM |
|
Pembiayaan Perdagangan |
|
|
|
Pembiayaan perdagangan ringgit bagi penyelesaian perdagangan barangan dan perkhidmatan dengan pemastautin |
Setelah diluluskan oleh BNM |
Setelah diluluskan oleh BNM |
|
Akaun Ringgit |
|
|
|
Akaun ringgit untuk tujuan simpan kira (book-keeping) |
Setelah diluluskan oleh BNM |
Setelah diluluskan oleh BNM |
|
Swap Kadar Faedah |
|
|
|
Swap Kadar Faedah dalam Denominasi Ringgit |
Tidak dibenarkan |
Tidak dibenarkan |
Definisi:
Pejabat Luar Negeri Dilantik merujuk kepada syarikat induk luar negeri yang dilantik, syarikat subsidiari, syarikat keluarga, ibu pejabat atau cawangan kumpulan perbankan bank tempatan berlesen, tidak termasuk sebuah Bank Islam Antarabangsa berlesen
Institusi Kewangan Bukan Pemastautin Dilantik (Appointed Non-resident Financial Institution, NRFI) merujuk kepada NRFI yang dilantik oleh bank tempatan berlesen dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
“Setelah diluluskan oleh BNM” bermaksud pejabat luar negeri yang dilantik atau NRFI yang dilantik perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada Bank Negara Malaysia, manakala “dibenarkan dengan bebas” bermaksud pejabat luar negeri yang dilantik tidak memerlukan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia.
Jawatankuasa Pasaran Kewangan
6 Disember 2016
Mengenai Jawatankuasa Pasaran Kewangan
Jawatankuasa Pasaran Kewangan ialah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Mei 2016 dan terdiri daripada wakil Bank Negara Malaysia, institusi kewangan, syarikat, penyedia perkhidmatan kewangan dan institusi lain yang mempunyai peranan atau penyertaan penting dalam pasaran kewangan. Pengerusi Jawatankuasa Pasaran Kewangan ialah Encik Adnan Zaylani, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Matlamat Jawatankuasa Pasaran Kewangan adalah untuk meluaskan interaksi dan hubungan industri dengan tumpuan pada usaha mengkaji semula dan merumuskan strategi yang komprehensif untuk pasaran kewangan borong bagi memenuhi tuntutan yang pelbagai dan kompleks daripada ekonomi yang lebih maju dan bersepadu pada peringkat antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut mengenai Jawatankuasa Pasaran Kewangan, sila rujuk pautan berikut: Pautan
Bank Negara Malaysia
6 Disember 2016
© Bank Negara Malaysia, 2016. All rights reserved.