Navigasi

  • Langkau ke Kandungan
BNM Logo BNM Logo
  • Perihal BNM
      Peranan BNM Lembaga Pengarah Gabenor Jawatankuasa Pengurusan Pegawai Kanan BNM Struktur Organisasi Jawatankuasa Berkanun
  • Topik
  • Berita & Peristiwa
      Siaran Akhbar Notis Ucapan Kalendar Peristiwa Majlis di BNM Perolehan
  • Kadar & Statistik
  • Penerbitan
  • Peraturan
      Undang-Undang Standard & Garis Panduan Direktori PSK Tindakan Penguatkuasaan
  • Kerjaya
      Sertai Kami Jawatan Kosong Program Graduan Kijang Latihan Industri Biasiswa
  • Hubungi Kami
      Hubungi Kami Pejabat-pejabat BNM Dasar Pemberian Maklumat
Search

Pemilih Bahasa

english

Breadcrumb

  1. Home
  2. Berita & Peristiwa
  3. Siaran Akhbar
  4. Pernyataan oleh Jawatankuasa Pasaran Kewangan: Maklumat Terkini Pasaran Kewangan Malaysia

Penerbit Aset

Pernyataan oleh Jawatankuasa Pasaran Kewangan: Maklumat Terkini Pasaran Kewangan Malaysia

Pernyataan oleh Jawatankuasa Pasaran Kewangan: Maklumat Terkini Pasaran Kewangan Malaysia

Embargo : Untuk siaran segera Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1146 pada Jumaat, 25 November 2016
25 Nov 2016

Bank Negara Malaysia menghendaki bank-bank tempatan untuk mematuhi peraturan sedia ada bagi menghalang pemudahan pasaran NDF ringgit luar pesisir agar selaras dengan dasar ringgit yang mantap. Langkah ini adalah untuk melindungi kepentingan sektor ekonomi benar dan pelabur yang benar-benar ingin melabur dalam pasaran kewangan Malaysia daripada sebarang turun naik ringgit yang tidak diingini. Nilai ringgit dan turun naiknya telah menerima kesan daripada aktiviti dan harga dalam pasaran NDF luar pesisir yang tidak semestinya mencerminkan asas-asas ekonomi, dan aktiviti yang menyokong perdagangan dan pelaburan.

Pasaran kewangan Malaysia kekal terbuka dengan adanya pematuhan yang berkesan. Mudah tunai terus tersedia untuk menyokong operasi pasaran kewangan Malaysia yang lancar dan teratur sebagai pengantara keperluan peserta pasaran. Sepanjang minggu 14 hingga 18 November, sebanyak RM39.7 bilion dan USD49.1 bilion diurusniagakan masing-masing dalam pasaran bon dan pertukaran asing Malaysia berbanding jumlah sebanyak RM17.8 bilion dan USD31.6 bilion masing-masing yang diurusniagakan pada minggu sebelumnya. Peserta bukan pemastautin, seperti syarikat, pengurus aset dan dana global, dan juga bank penyelesai dan bank kustodian terus menjalankan urus niaga dalam pasaran kewangan Malaysia. Pengantara bagi urus niaga tersebut ialah 58 buah bank tempatan di Malaysia, termasuk 19 bank asing, yang merupakan subsidiari bank serantau dan global yang besar. Beberapa bank asing telah memulakan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia mengenai keperluan transaksi pasaran kewangan mereka untuk memudahkan peralihan yahg lancar dalam tempoh ini, tanpa menyebabkan gangguan kepada pasaran.

Merujuk kepada ucapan Gabenor Bank Negara Malaysia semasa majlis makan malam tahunan anjuran Financial Markets Association pada 18 November 2016, ahli Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) mengalu-alukan pengumuman inisiatif dan strategi untuk terus memperdalam mudah tunai dalam pasaran tempatan, dan pada masa sama memberikan lebih fleksibiliti kepada peserta pasaran untuk menguruskan risiko pertukaran asing dengan bank tempatan. FMC bersedia untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif ini serta mengadakan perbincangan dan berinteraksi dengan pihak industri untuk menyokong pelaksanaan yang cekap dan berkesan.

Bank Negara Malaysia
25 November 2016

© Bank Negara Malaysia, 2016. All rights reserved.

View »
Ikuti Kami
  • facebook social icon
  • twitter social icon
  • instagram social icon
  • youtube social icon
  • medium social icon
  • tiktok icon
Bantuan Laman Web
  • Carian
  • Email Alert
  • Hubungi Kami
  • Muat Turun Borang
Notis Perundangan
  • Terma Penggunaan Laman Web
  • Terma Penggunaan Set Data BNM
  • Penafian
  • Dasar Privasi & Kuki
Pusat Perhubungan BNMLINK
  • call-1 icon
    1-300-88-5465 Isnin - Jumaat 9 pagi - 5 petang
  • decoration
    Borang e-Link
  • Talian Am BNM
  • call-1 icon +603 2784 8888
© Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.
arrow-up icon