Wang Kertas RM10 Baharu Mencukupi
Embargo :26 Jan 2011
Bank Negara Malaysia ingin memaklumi orang ramai bahawa mereka boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 or (03) 2698 7689 bagi mendapatkan wang kertas RM10 baharu untuk musim perayaan akan datang. Bagi tujuan itu, Bank Negara Malaysia telah menyediakan wang kertas yang mencukupi untuk memenuhi permintaaan daripada orang ramai. Semua cawangan institusi perbankan komersial juga telah diberitahu untuk melapor kepada Bank Negara tentang sebarang kekurangan wang kertas RM10 supaya wang kertas baharu dapat disediakan untuk institusi-institusi tersebut.
Bank Negara Malaysia
26 Januari 2011
© Bank Negara Malaysia, 2011. All rights reserved.