iTEKAD Keusahawanan: Memperkasa usahawan mikro berpendapatan rendah
iTEKAD Keusahawanan bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah untuk memperkukuh pengurusan kewangan dan keupayaan perniagaan bagi menjana pendapatan yang mampan. Dengan memanfaatkan instrumen pembiayaan sosial, setiap program menggabungkan: 1) modal permulaan bagi tujuan memulakan atau memperluaskan perniagaan; 2) akses kepada pembiayaan mikro; dan 3) sokongan latihan kewangan dan perniagaan yang berstruktur. .
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana bertajuk iTEKAD: Pendekatan Ekosistem dalam Memperluas Kewangan Sosial dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2023.
Perkembangan Utama iTEKAD
(setakat akhir bulan Disember 2025)

14,363
Jumlah pesertaRM89.2 juta
Dana kewangan sosial yang dikeluarkanRM67.6 juta
Pembiayaan dan pelaburan yang telah dikeluarkan
Institusi Kewangan Peserta iTEKAD Keusahawanan
Soalan Lazim iTEKAD Keusahawanan
1. Apakah kriteria kelayakan bagi peserta iTEKAD Keusahawanan? 
Peserta iTEKAD Keushawanan merupakan bakal atau usahawan mikro sedia ada daripada segmen berpendapatan rendah. Kriteria kelayakan tambahan adalah tertakluk kepada program yang dilaksanakan oleh institusi kewangan peserta dengan kerjasama rakan pelaksana.
2. Apakah contoh kemudahan pembiayaan yang institusi kewangan peserta boleh tawarkan kepada peserta-peserta program iTEKAD masing-masing? 
Institusi kewangan peserta boleh menawarkan sebarang produk pembiayaan mikro yang bersesuaian dengan keperluan golongan sasaran program iTEKAD masing-masing. Ini termasuklah produk-produk Skim Pembiayaan Mikro (SPM) yang memanfaatkan Dana Bank Negara Malaysia untuk PKS, khususnya Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF)
3. Apakah aspek yang biasanya merangkumi komponen latihan berstruktur dalam iTEKAD? 
Secara umumnya, komponen ini merangkumi tiga aspek:
- Pembangunan kapasiti – Peserta menerima latihan dalam pengurusan kewangan dan pengurusan perniagaan, serta pengetahuan teknikal dalam sektor perniagaan masing-masing, contohnya kemahiran menjahit untuk tukang jahit
- Bimbingan dan mentor – Peserta dibimbing secara rapat oleh mentor atau kumpulan sebaya untuk mengembangkan perniagaan mereka
- Sokongan tambahan – Peserta disediakan peluang untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan teknologi digital atau mendapatkan pensijilan yang berkaitan
